Perkhidmatan Kami

Dari rawatan biasa seperti demam dan batuk hingga rawatan khas seperti rawatan cuci luka, rawatan sakit lutut, lawatan doktor ke rumah, suntikan vaksin & nebulizer – semuanya ada di sini!

Rawatan Cuci Luka
Penjagaan luka diabetes, luka pembedahan & luka kronik dengan teknik cuci luka yang selamat dan berkesan.

Rawatan Sakit Lutut
Dari sakit lutut biasa hingga rawatan PRP, kami bantu anda bergerak lebih selesa.

Lawatan Doktor Ke Rumah
Doktor datang ke rumah untuk pemeriksaan, rawatan & konsultasi —mudah, selesa & lebih perhatian untuk anda.

Berkhatan Lelaki & Bayi Perempuan
Perkhidmatan berkhatan moden dan selamat menggunakan kaedah terkini untuk kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan.

Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan lengkap untuk memantau tahap kesihatan, termasuk ujian darah, tekanan darah, dan paras kolesterol.

Pemeriksaan Jantung
Ujian seperti ECG untuk mengesan masalah jantung lebih awal dan memantau kesihatan kardiovaskular.

X-ray
Perkhidmatan imbasan X-ray yang pantas dan tepat untuk mengenalpasti masalah tulang, paru-paru, dan organ dalaman.

Vaksinasi
Perkhidmatan suntikan vaksin untuk perlindungan daripada penyakit berjangkit bagi semua peringkat umur.

Imbasan Ultrasound
Perkhidmatan imbasan ultrasound untuk memeriksa lutut, organ dalaman seperti hati, buah pinggang, dan kehamilan.

Ujian Darah dan Urin
Ujian makmal yang penting untuk memantau tahap kesihatan badan dan mengesan pelbagai penyakit.

Rawatan Pernafasan
Rawatan menggunakan nebulizer untuk membantu pesakit yang mengalami asma, batuk kronik, atau kesukaran bernafas.

Titisan IV
Rawatan titisan intravena (IV) untuk menambah cecair, vitamin, atau ubat secara terus ke dalam badan untuk pemulihan yang lebih cepat.