top of page

Tentang Kami

Siapa Kami?

Primakasih jenama kesihatan pilihan keluarga

Ditubuhkan pada 2019, amalan kami merangkumi langkah-langkah kesihatan pencegahan am terutamanya bertumpu kepada konsep mencegah daripada merawat. Di samping itu, kami secara aktif mempromosikan konsep pencegahan dan pemeriksaan rutin dengan doktor untuk memastikan kesihatan yang lebih baik, kesejahteraan dan gaya hidup untuk kebahagiaan pelanggan dan keluarga.

Kami yakin akan memberikan perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelanggan dengan memiliki rangkaian klinik kesihatan primer yang serba lengkap dan dikendalikan oleh doktor, jururawat dan kakitangan yang terlatih dan mempunyai sijil kemahiran yang tinggi dalam memberikan rawatan holistik kepada pesakit.

Visi Kami

Mewujudkan rangkaian klinik kesihatan primer pilihan utama yang komprehensif di dalam industri kesihatan profesional di Malaysia.

Goal

Misi Kami

Berpasukan

User Groups
Untitled_edited.png

Beraspirasi

Komited

Honesty

Professional

Business

Nilai Teras

Di Primakasih, kami berpegang teguh kepada nilai-nilai teras yang membentuk identiti dan budaya kerja kami. Setiap nilai ini menjadi asas dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit dan komuniti

Rantaian

Membina jaringan kesihatan yang kukuh untuk rawatan lebih menyeluruh.

Connected People

Naluri

Peka terhadap keperluan pesakit dengan pendekatan penuh empati.

Empathy

Hubungan

Membangun kepercayaan dengan pesakit dan komuniti untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Handshake

Mahir

Profesionalisme dan kemahiran tinggi dalam memberikan rawatan terbaik.

Admin Settings Male

Inovasi

Mengaplikasikan teknologi dan rawatan terkini untuk hasil yang lebih efektif.

Project Management

Amanah

Mengutamakan ketelusan, integriti, dan etika dalam setiap rawatan.

Trust

Optimistik

Memberikan harapan dan motivasi kepada pesakit untuk pemulihan yang lebih baik.

Charity

Profil Pengarah

Untitled_edited.png

Dr. Abdul Hafiz Bin Abdul Rahman adalah graduan Medical Degree in Doctor of Medicine dari University of Newcastle, Australia pada tahun 2006. Beliau mempunyai lebih 11 tahun pengalaman dalam bidang perubatan. Pada tahun 2019, beliau mengambil alih Poliklinik Harmoni Yan dan memperkenalkan tagline baharu, "Personal Humanizing Healthcare”. Klinik ini kini dikenali sebagai Klinik Perubatan PrimaKasih (KPPK) Yan.

Dengan visi yang jelas serta daya saing yang tinggi, Dr. Hafiz telah membawa Primakasih ke arah pertumbuhan pesat. Setakat ini, jenama ini memiliki dua cawangan klinik perubatan di negeri Kedah. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas dan peneraju SYIFA Healthcare Sdn Bhd, yang mula beroperasi pada Ogos 2020. Di bawah kepimpinannya, Primakasih terus berkembang sebagai jenama rasmi yang menyediakan perkhidmatan perubatan lengkap, holistik, dan komprehensif.

Doktor Kami

Dr. Abdul Hafiz

Pengarah Primakasih

Untitled_edited.png
3.png

Dr. Hasif

Alor Setar

2.png

Dr. Naim

Yan

Kenapa Primakasih?

Primakasih bukan sekadar klinik – kami adalah rakan kesihatan keluarga anda!

Defend Family

Klinik Mesra Keluarga

Di Primakasih, kami memahami kepentingan penjagaan kesihatan untuk semua peringkat usia. Dari kanak-kanak hingga warga emas, kami menawarkan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan setiap ahli keluarga.

Rawatan untuk semua – daripada pemeriksaan kesihatan berkala, vaksinasi, hingga rawatan khas seperti PRP lutut.

Treatment

Layanan Mesra & Prihatin

Kami mengutamakan keselesaan anda dengan layanan yang mesra seperti ahli keluarga sendiri.

Konsultasi peribadi untuk memahami masalah kesihatan anda dengan lebih baik.

Trust

Rawatan Moden & Teknologi Terkini

Menggunakan teknologi perubatan terkini untuk memastikan rawatan yang lebih selamat, berkesan, dan cepat.

Prosedur tanpa pembedahan seperti rawatan PRP untuk membantu pemulihan lutut secara semula jadi.

Apa Kata Pesakit Kami?

Person

Loh Vee

Servis yang mantap dan fasiliti yang terbaik! Keep it up.

Person

Lut Naim

Saya datang sini dengan masalah sakit lutut. Doktor hasif sangat baik dan membantu dengan penerangan yang mudah faham dan teratur. Harga berpatutan dengan consultation dan ubat2 yang diberi. Recommended!

Person

Eija Rizan

Great service. Cuci luka kencing manis nampak getting better. Doctor were kind & staff was very helpful. Highly recommend!

Person

Mat Fadhil

Sesi sunat yang paling senang dan mudah ❤️ very recommended !!

bottom of page